Chong Pooi Pooi D20112055272
Saturday, 9 February 2013
Monday, 24 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
Tips Belajar Matematik
Hai, kawan-kawan. Cikgu ingin berkongsi dengan anda tentang Tips Belajar Matematik.
Seperti mana yang kita sedia maklum, Matematik
adalah suatu subjek yang penting. Setiap hari kita mengaplikasikan ilmu
matematik. Sewaktu kita membeli belah, kita mengaplikasikan
pengetahuan matematik. Apabila kita membuat temu janji, kita akan mengira masa
yang ada. Apabila kita melihat harga sesuatu barang,
kita membuat perbandingan harga, ilmu matematik turut diaplikasikan. Pendek kata
ilmu matematik berkaitan dengan kehidupan seharian.
Namun, apabila kita berada di alam persekolahan,
kita mempelajari suatu ilmu matematik, minat tersebut berkurang. Mengapa ini
berlaku? Adakah kerana kita gagal subjek matematik, maka kita tidak berminat
untuk mempelajarinya? Mengapa GAGAL MATEMATIK ini berlaku?
Salah satu sebab kegagalan matematik adalah
TIDAK MEMAHAMI matematik. Terdapat banyak faktor lain, tapi
dalam hal ini, kita mengulas tentang tidak memahami matematik. Jika anda tidak
memahami matematik, adakah anda bertanya dengan cikgu? atau hanya berdiam diri?
Tunggu sehingga ketidak fahaman yang sedikit menjadi ketidak-fahaman yang besar.
Adakah anda membuat rujukan atau perbincangan dengan rakan-rakan jika tidak
faham mengenai sesuatu konsep matematik yang tidak jelas atau tidak faham?
Adakah anda membuat latihan yang diberikan oleh cikgu? adakah anda membuat
latihan tambahan? Berapa lama masa yang anda luangkan untuk belajar matematik?
Persoalan-persoalan ini mampu memberikan jawapan kepada ketidakfahaman anda
terhadap matematik.
Berikut adalah garis panduan untuk lebih faham mengenai matematik.
1. MEMBERIKAN TUMPUAN yang
sepenuhnya ketika pengajaran di dalam kelas. Ini kerana otak manusia biasanya
dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya sehingga 30 minit yang pertama. Jadi,
cuba untuk menggunakan tumpuan ini sebaik-baiknya untuk memahami konsep
matematik yang disampaikan oleh cikgu.
2. BERTANYA. Jika anda tidak
jelas, atau tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik, sila bertanya. Jika
terlepas atau tidak faham suatu konsep yang mungkin asas atau mudah, ini mungkin
akan menjejaskan kefahaman keseluruhan konsep matematik. Jika malu bertanya di
dalam kelas, anda boleh bertanya di luar kelas. Cikgu sentiasa membantu untuk
menjelaskan ketidak jelasan anda. Harus diingat, jika kita menyimpan ketidak
fahaman anda, lama kelamaan ia akan menjadi ketidak fahaman yang besar dan hal
ini mampu membunuh kefahaman anda.
3. BUAT LATIHAN. Seperti sukan,
untuk memahirkan diri dengan sesuatu bidang, anda haruslah meluangkan masa,
tenaga dan fikiran untuk menguasainya. Jadi LATIHAN adalah
aspek yang penting. Dengan latihan, ia akan memberikan pengalaman menyelesaikan
bentuk-bentuk soalan. Hal ini memberikan idea dan konsep yang berbeza-beza dalam
penyelesaian. Dengan latihan juga, ia menjana pemikiran anda untuk melihat suatu
konsep itu pada sudut yang lain. Latihan yang berterusan mampu memberi kemahiran
-kemahiran menyelesaikan soalan pada sudut yang berlainan. Disamping itu, otak
anda akan membina skema penyelesaian kepada latiha yang dibuat. Pengalaman
penyelesaian ini memberikan kefahaman yang lebih dalam lagi. Dengan bertambahnya
pengalaman, kemahiran turut dapat digilap dan dimurnikan. Latihan boleh
dilakukan dengan belajar sendiri, belajar berkumpulan atau pun secara online.
Banyak sumber matematik boleh diperolehi melalui internet. Terdapat juga
pembelajaran secara online menerusi internet.
Sunday, 2 December 2012
Jadual Sifir
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | x | |
| 1 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 1 |
| 2 | 2 | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 | 16 | 18 | 20 | 22 | 24 | 2 |
| 3 | 3 | 6 | 9 | 12 | 15 | 18 | 21 | 24 | 27 | 30 | 33 | 36 | 3 |
| 4 | 4 | 8 | 12 | 16 | 20 | 24 | 28 | 32 | 36 | 40 | 44 | 48 | 4 |
| 5 | 5 | 10 | 15 | 20 | 25 | 30 | 35 | 40 | 45 | 50 | 55 | 60 | 5 |
| 6 | 6 | 12 | 18 | 24 | 30 | 36 | 42 | 48 | 54 | 60 | 66 | 72 | 6 |
| 7 | 7 | 14 | 21 | 28 | 35 | 42 | 49 | 56 | 63 | 70 | 77 | 84 | 7 |
| 8 | 8 | 16 | 24 | 32 | 40 | 48 | 56 | 64 | 72 | 80 | 88 | 96 | 8 |
| 9 | 9 | 18 | 27 | 36 | 45 | 54 | 63 | 72 | 81 | 90 | 99 | 108 | 9 |
| 10 | 10 | 20 | 30 | 40 | 50 | 60 | 70 | 80 | 90 | 100 | 110 | 120 | 10 |
| 11 | 11 | 22 | 33 | 44 | 55 | 66 | 77 | 88 | 99 | 110 | 121 | 132 | 11 |
| 12 | 12 | 24 | 36 | 48 | 60 | 72 | 84 | 96 | 108 | 120 | 132 | 144 | 12 |
| x | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | x |
Subscribe to:
Comments (Atom)

