Powered By Blogger

Wednesday, 12 December 2012

Tips Belajar Matematik


Hai, kawan-kawan. Cikgu ingin berkongsi dengan anda tentang Tips Belajar Matematik.


Seperti mana yang kita sedia maklum, Matematik adalah suatu subjek yang penting. Setiap hari kita mengaplikasikan ilmu matematik. Sewaktu kita membeli belah, kita mengaplikasikan pengetahuan matematik. Apabila kita membuat temu janji, kita akan mengira masa yang ada. Apabila kita melihat harga sesuatu barang, kita membuat perbandingan harga, ilmu matematik turut diaplikasikan. Pendek kata ilmu matematik berkaitan dengan kehidupan seharian.


Namun, apabila kita berada di alam persekolahan, kita mempelajari suatu ilmu matematik, minat tersebut berkurang. Mengapa ini berlaku? Adakah kerana kita gagal subjek matematik, maka kita tidak berminat untuk mempelajarinya? Mengapa GAGAL MATEMATIK ini berlaku?


Salah satu sebab kegagalan matematik adalah TIDAK MEMAHAMI matematik. Terdapat banyak faktor lain, tapi dalam hal ini, kita mengulas tentang tidak memahami matematik. Jika anda tidak memahami matematik, adakah anda bertanya dengan cikgu? atau hanya berdiam diri? Tunggu sehingga ketidak fahaman yang sedikit menjadi ketidak-fahaman yang besar. Adakah anda membuat rujukan atau perbincangan dengan rakan-rakan jika tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik yang tidak jelas atau tidak faham? Adakah anda membuat latihan yang diberikan oleh cikgu? adakah anda membuat latihan tambahan? Berapa lama masa yang anda luangkan untuk belajar matematik? Persoalan-persoalan ini mampu memberikan jawapan kepada ketidakfahaman anda terhadap matematik.


Berikut adalah garis panduan  untuk lebih faham mengenai matematik.


1. MEMBERIKAN TUMPUAN yang sepenuhnya ketika pengajaran di dalam kelas. Ini kerana otak manusia biasanya dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya sehingga 30 minit yang pertama. Jadi, cuba untuk menggunakan tumpuan ini sebaik-baiknya untuk memahami konsep matematik yang disampaikan oleh cikgu.


2. BERTANYA. Jika anda tidak jelas, atau tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik, sila bertanya. Jika terlepas atau tidak faham suatu konsep yang mungkin asas atau mudah, ini mungkin akan menjejaskan kefahaman keseluruhan konsep matematik. Jika malu bertanya di dalam kelas, anda boleh bertanya di luar kelas. Cikgu sentiasa membantu untuk menjelaskan ketidak jelasan anda. Harus diingat, jika kita menyimpan ketidak fahaman anda, lama kelamaan ia akan menjadi ketidak fahaman yang besar dan hal ini mampu membunuh kefahaman anda.


3. BUAT LATIHAN. Seperti sukan, untuk memahirkan diri dengan sesuatu bidang, anda haruslah meluangkan masa, tenaga dan fikiran untuk menguasainya. Jadi LATIHAN adalah aspek yang penting. Dengan latihan, ia akan memberikan pengalaman menyelesaikan bentuk-bentuk soalan. Hal ini memberikan idea dan konsep yang berbeza-beza dalam penyelesaian. Dengan latihan juga, ia menjana pemikiran anda untuk melihat suatu konsep itu pada sudut yang lain. Latihan yang berterusan mampu memberi kemahiran -kemahiran menyelesaikan soalan pada sudut yang berlainan. Disamping itu, otak anda akan membina skema penyelesaian kepada latiha yang dibuat. Pengalaman penyelesaian ini memberikan kefahaman yang lebih dalam lagi. Dengan bertambahnya pengalaman, kemahiran turut dapat digilap dan dimurnikan. Latihan boleh dilakukan dengan belajar sendiri, belajar berkumpulan atau pun secara online. Banyak sumber matematik boleh diperolehi melalui internet. Terdapat juga pembelajaran secara online menerusi internet.



Takwim Persekolahan 2013

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Perincian%20Penggal%202013_3Okt2012.pdf

Kurikurum Standard Matematik

Sunday, 2 December 2012

http://youtu.be/kjKcGxOM-yo

Jadual Sifir


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 x
1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1
2 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 2
3 3 6 9 12 15 18 21 24 27 30 33 36 3
4 4 8 12 16 20 24 28 32 36 40 44 48 4
5 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 5
6 6 12 18 24 30 36 42 48 54 60 66 72 6
7 7 14 21 28 35 42 49 56 63 70 77 84 7
8 8 16 24 32 40 48 56 64 72 80 88 96 8
9 9 18 27 36 45 54 63 72 81 90 99 108 9
10 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 10
11 11 22 33 44 55 66 77 88 99 110 121 132 11
12 12 24 36 48 60 72 84 96 108 120 132 144 12
x 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 x

permainan matematik dengan tom dan jerry

permainan matematik dengan tom dan jerry

Saturday, 24 November 2012

Math is Fun

Competition : Age 7-8 (difficult)


There is no champion yet this hour.
Calculate as quick as possible to be the new champion. 

94 + 2 =   
34 + 84 =
3 + 81 =   
33 - 1 =    

25 - 21 =
50 - 39 =
5 x 1 =    
5 x 3 =    

Math is Fun

Competition : Age 7-8 (easy)


There is no champion yet this hour.
Calculate as quickly as possible to become the new champion.


55 + 3 =
38 + 6 =
  2 + 6 =
  1 + 6 =

64 - 9 =
  7 - 5 =
22 - 5 =
63 - 1 =

Anak murid saya


Friday, 23 November 2012

Ringgit Malaysia

Ringgit Malaysia (Malay)
ريڠڬيت مليسيا (Jawi)
The Malaysian ringgit third series coinage and fourth series banknote designs announced in 2011 by Bank Negara Malaysia.
The Malaysian ringgit third series coinage and fourth series banknote designs announced in 2011 by Bank Negara Malaysia.

Rancangan Pengajaran Harian Matematik


 

MATA PELAJARAN                : Matematik

KELAS                                    : 2 R

MASA                                      : 8:30 PAGI – 9:00 PAGI

BIL MURID                              : 47 orang

TAJUK                                     : Wang Hingga RM 100

STANDARD PEMBELAJARAN          : 8.1

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Murid berupaya untuk:

                                                 (i)  Mengenal pasti mata wang kertas RM50 dan  RM100

                                                 (ii) Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang

                                                      memberi jumlah nilai yang tertenta hingga RM100

 

FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
 
1. Persediaan
 
Pemerhatian dan
Analisis
 
a. Tunjukkan beberapa keping    
contoh wang kertas RM1,  
RM5, RM 10, RM50, RM100.
b. Minta seorang murid  
mengambil contoh wang  
kertas yang bernilai RM50  
dan RM100 sahaja.
 
 
i.   Apakah yang kamu lihat?
ii.  Murid sebut nilai wang.
iii. Ambil wang contoh yang  
    bernilai RM50 dan RM100.
iv. Murid lain menyatakan    
     nilai wang yang ditunjukkan.
v.  Senaraikan perbezaan ciri-
     ciri wang kertas RM50 dan  
     RM100.
 
2.Imaginasi
 
  Penjanaan
  Idea
 
  Sintesis Idea
 
a. Bahagi murid kepada 6  
    kumpulan.
b. Setiap kumpulan diberikan
    wang contoh pelbagai nilai.
c. Guru menyebut nilai tertentu
dan murid menggabungkan
wang kertas dalam
kumpulan mereka.
 
Contoh:
Kumpulan A: RM5+RM5+RM5+RM5+RM10+
RM10+RM10=RM50
Kumpulan B:
RM50+RM10+RM5+RM1+RM1
RM1=RM68
 
                                                  
 
 
 
i.   Ketua kumpulan diminta
 mengambil sampul yang
 berisi pelbagai nilai wang.
ii.  Gabungkan wang kertas  
     kamu untuk membentuk   
     nilai yang disebutkan.
iii. Murid dalam setiap  
kumpulan menyatakan
gabungan nilai wang kertas
yang mereka pilih bagi
membentuk nilai yang
dikehendaki guru.
 
 
 
 
3.Perkembangan
 
   Penambahbaikan
 
 
   Menilai
 
a.     Perkukuhkan dengan mengagihkan contoh wang kertas yang pelbagai nilai dan kertas warna pada setiap kumpulan.
b.     Gunting dan tampal nilai wang mengikut jumlah yang dikehendaki oleh guru.
 
i.   Kamu hendaklah
     menggunting dan
     menampal wang di atas
     kertas warna mengikut nilai  
     yang dipamerkan pada  
     papan tulis.
ii.  Ketua kumpulan   
     mempamerkan hasil kerja.
 
 
4.Tindakan
   Pelaksanaan
    Amalan
   Berterusan
 
a.   Murid memadankan nilai  
  wang dengan gabung wang
  kertas untuk menghasilkan
  jumlah wang yang betuk di
  lembaran kerja.
 
 
i.   Padankan jumlah wang  
     dengan gabungan wang
     kertas yang betul.
 
Pentaksiran
 
a.   Berdasarkan kepada keupayaan murid memilih, menyusun  
      dan menampal nilai wang mengikut jumlah yang betul serta  
      mereka dapat mengenal pasti nilai setiap mata wang.
 
 
Nilai dan Sikap
 
Ketelitian,, bekerjasama, saling membantu

 

6. Elemen Merentas Kurikulum           : Keusahawanan, Kreativiti dan inovasi

7. Bahan Bantu Belajar                       : Contoh wang kertas, Kertas warna, Gunting,

8. Penilaian                                         : Lembaran Kerja

9. Refleksi                                           : Seramai 42 daripada 47 orang murid berjaya     
                                                              mencapai objektif pembelajaran dan diberikan 
                                                              latihan pengukuhan.   
                                                              Murid yang tidak mencapai objektif akan diberikan   

                                                              bimbingan dan aktiviti pemulihan.

Sunday, 18 November 2012

Algebra - Multiplication

A Puzzle

What is the missing number?
 
× 4 = 8
The answer is 2, right? Because 2 × 4 = 8.
Well, in Algebra we don't use blank boxes, we use a letter. So we might write:
x × 4 = 8
But the "x" looks like the "×"! ... that could be very confusing ... so in Algebra we don't use the multiply symbol (×) between numbers and letters, we simply put the number next to the letter to mean multiply:
4x = 8
You would say in English "four x equals eight", meaning that 4 x's make 8. And the answer would be written:
x = 2

Saturday, 17 November 2012

MATEMATIK

Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni. Elemen kreatif, keusahawan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran.

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan swmangat Falsafah Pendidikan Kebangsaa dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid-murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohana, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke -21

Algebra

Algebra is great fun - you get to solve puzzles!
With computer games you play by running, jumping or finding secret things. Well, with Algebra you play with letters, numbers and symbols, and you also get to find secret things!
And once you learn some of the "tricks", it becomes a fun challenge to work out how to use your skills in solving each "puzzle".

Sunday, 11 November 2012

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.